Assalammualaikum
Bismillah.
Hari ni ni share sedikit ilmu.
Apa yang dikongsikan ini aku ambil daripada buku 100 Jejak Peribadi Rasulullah SAW.
Waspada dengan Ujian Allah
Setiap manusia yang hidup di bumi Allah ini tidak akan terlepas daripada menerima ujian.
Sama ada besar atau kecil.
Itulah yang membezakannya.
Bagaimanapun,Allah tidak akan memberikan ujian kepada seseorang di luar kemampuannya.
''Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.''
Hakikatnya,amat jarang orang yang menerima ujian itu bersyukur dengan apa yang ditentukan.
Sebaliknya ramai pula yang mempertikaikannya.
Mereka akan mengeluh dan mempersoalkan mengapa ujian itu ditimpakan kepadanya,bukannya kepada orang lain.
Apabila ini berlaku,berhati-hatilah supaya kita tidak tergolong dalam kalangan yang berprasangka buruk terhadap Allah Ta'ala.
''Boleh jadi kamu membeci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.''
Ujian Allah pada hakikatnya bukanlah untuk menzalimi tetapi untuk memberi pengajaran dan mendidik.
Tetapi malangnya ramai di antara kita mudah melatah apabila ditimpakan ujian malah menganggap Allah tidak adil dan mahu menyusahkan hidup.
Anggapan sedemikian sangat menyimpang dan berburuk sangka terhadap Allah akibat kejahilan manusia memahami sifat-sifat Allah Ta'ala.
Bayangkan jika Allah tidak menimpakan ujian,bilakah masanya untuk kita menyukat tahap kesabaran di dalam hati?
Ujian itu juga sebagai tanda aras untuk meyukat sifat-sifat yang terpuji,sabar,redha,tawakal,bersangka baik sekali gus mengakui diri sebagai hamba Allah yang lemah dan mengharapkan pertolongan Allah Ta'ala.
Mereka yang sentiasa redha atau berwaspada dengan ujian Allah,tidak akan gentar dengan ujianNya.
Bahkan,mereka sentiasa beranggapan bahawa setiap ujian yang ditimpakan itu adalah tanda kasih sayang Allah kepadanya.
Lantaran tidak mahu terus bergelumang dosa dan berharap dengan ujian itu,keimanan akan bertambah apabila bertaubat dan memohon keampunan Allah.
Ujian juga sebenarnya sebagai pembalasan terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu.
Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak mahu hamba-hambaNya menerima hukuman di akhirat kerana pembalasannya lebih mengerikan berbanding hukuman di dunia.
Jikalau di dunia kita boleh bertaubat tetapi,bolehkah kita bertaubat apabila di akhirat nanti?
Sudah pasti TIDAK.
Oleh itu,kita wajib bersyukur apabila menerima pembalasan di dunia kerana itu menunjukkan kita telah dibersihkan daripada dosa.
Namun,ada juga manusia yang diuji semakin jauh daripada Allah seolah-olah dia dizalimi dan tidak wajar diberi ujian sehebat itu.
Padahal Allah telah mengingatkan kita,setiap hambaNya tidak akan ke syurga tanpa diuji terlebih dahulu.
''Apakah kamu mengira kamu akan masuk ke syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang yang bersabar.''
Oleh itu,bersyukurlah sentiasa walaupun sedang diuji.
Percayalah wahai hati.
Yakinlah wahai hati.
Sesungguhnya Allah dekat dengan hambaNya.
Jazakumullah khairan kathira.
Assalammualaikum
Being His servant entire of my life
Saturday 30 November 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod
0 comments:
Post a Comment