Thursday 2 July 2015

First Ramadhan

Assalammualaikum

Selamat menyambut Ramadhan Mubarak.Alhamdulillah,dah masuk hari ke 16.Tinggal beberapa hari je lagi habisnya Ramadhan yang dirindui ini.

Hari ni nak cerita pengalaman pertama aku puasa tanpa di sisi keluarga.Yes,aku bukan budak asrama,so sebelum ni aku tak pernah pun jauh daripada keluarga.Nak cakap sedih tu, memanglah sangat sedih.Sedih tak boleh makan masakan mak.Huwaaa.Im is so sad.Tiap tiap hari sahur makan roti,kalau dekat rumah,mak masakan masakan panas.Bukan nak cakap aku tak bersyukur ehhh,ni nak bagitau bagaimana pengalaman aku.Pernah satu hari tu,lagi lima minit dah nak azan,aku baru bangun.Roomate aku pun sama je tidur mati macam aku.Haha.K.

First Ramadhan,mak aku call,kejutkan.Haaa,sweet tak mak kiteee.Bila aku call mak,lauk berbuka mesti yang sedap sedap,Mee tomyam la,laksam la,itu la inilah.Haaa,Mana tak terliur aku.Ramadhan tahun ni aku langsung tak sambut dengan keluarga sebab jadual sangat pack.Banyak sangat aktivit dan class ganti untuk raya.Aku balik raya pun sehari sebelum Hari raya.Ko rasaaa?Tapi apa apa pun Alhamdulillah.Kena bersyukur walaupun sikit rezeki yang kita dapat.

Lepas je cuti raya seminggu,terus mid sem exam.Pergh.Pergh.K.Tak payah raya ah cenggini.Tak dapat kumpul duit raya banyak ahh cenggini.Haha.Jadi,kepada adik adik yang tak ada exam tu,korang beraya lah dengan sepenuh hati ye.Abang kakak korang ni je yang kena berhempas pulas belajar.Takpa,untuk tahun ni je.Korbankan sikit masa.

Kau tengoklah tahun depan,Aku raya puas puas.Haha.Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 1 bulan 10 ni.Dekat Pasum ni,kau akan kenal ramai orang.Kena pandai pilih kawan.Tak kisah la kalau korang bukan dekat Pasum sekali pun.

Okaylah hakak pun dah ngantuk ni.Selamat malam guys.


Sunday 21 June 2015

MSKP 2015/2016

Assalammualaikum.

Sekarang ni dah masuk minggu ke-4 aku dekat pasum.Hari ni saja je nak cerita dengan korang masa MSKP (Minggu Suai Kenal Pelajar) dekat pasum.MSKP ni berlangsung selama seminggu.Macam minggu orientasi jugak,cuma nama je tukar.

Masa ni la,kitaorang semua belajar macam macam cheers,lagu,claps dan lain lain.Masa ni jugak la kitaorang semua tengah baru nak berkenalan,nak bina bonding.First masuk pasum ni,aku ditempatkan di koleh kediaman 2(kk2).Dekat kk2,budak pasum 31 orang je.Yang lain semua budak degree.Satu bilik 3 orang,dua orang budak degree,sorang budak pasum.

Dan,aku sangat terkejut bila aku tau roomate aku adalah kakak degree.Sebab setahu aku,budak pasum akan ditempat di satu tempat yang sama.Tapi sebenarnya itu untuk satu minggu je,lepas tu aku akan ke kk11,di mana semua budak pasum ditempatkan.

Siapa yang tau lagu xi shua shua,gummy bear,witch doctor,haa tu semua kitaorang belajar masa MSKP.Kitaorang punya fasi ajar.Sampai sekarang masih tak boleh move on.Haha.Memang setiap hari(sepanjang MSKP) kitaorang akan menari,menyanyi segala.Satu pengalaman yang baru bagi aku.Budak budak kk2,memang sporting habis.Kitaorang semua dah macam adik beradik walaupun baru kenal seminggu.

Jujur aku cakap masa minggu MSKP ni,korang akan rasa,tak ada function kalau makan,sebab lepas makan,korang mesti kena berlari.Lepas makan je,berlari.Sebab semua benda nak kena rush.Makan rush,jalan pun rush,pergi tandas pun rush.Haha.Tapi tak apa,pengalaman kateko.

Thanks dekat LO's semua yang dah jaga kitaorang sepanjang minggu MSKP terutamanya LO Anis dan LO Amir(kk2 LO's).Diorang lagi penat.Nak kena jaga kitaorang yang ramai ni.Uruskan makan minum,aktiviti,keselamatan,dokumen mesti lengkap segala,sanggup tidur lambat.

Malam last LDK(latihan dalam kumpulan) sangat touching,sebab sedih nak buat aktiviti sama sama.Sampaikan menangis semua orang.Bila habis je MSKP,kitaorang semua macam rasa kehilangan,sebab dah tak ada LO yang nak jerit jerit supaya jalan cepat,makan cepat.Tak ada yang jaga jalan raya untuk bagi kitaorang lalu.Tak ada break clap dengan fasi lagi.

A big applause to them.I'll miss this.Thanks for all those memories.

Tahun depan nak jadi fasi jugak la.Haha.Supaya aku tak membuang masa nak tunggu degree.

Jumpa lagi.


Wednesday 3 June 2015

PASUM

Assalammualaikum

Lembaran baru dalam hidup dah bermula.Sorry sangat tak update blog ni sebab busy dengan semua benda.Ni pun ambik masa sekejap,minggu ni class dah mula,so no relax relax lagi.

Yes,Alhamdulillah aku dapat masuk PASUM.PASUM tu binatang apa eh?Haaa ni,hakak nak cerita dekat adik adik semua.PASUM ni stand for Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.Sebenarnya,PASUM ni bukannya first choice aku pun masa dalam upu tu,tapi Allah dah takdirkan aku dapat,Alhamdulillah.Memang tak sangka dapat PASUM sebab aku bukan budak straight A atau pun budak SBP,MRSM segala.Sekolah aku pun kategori luar bandar.Haha.Rezeki Allah.

Sebenarnya agak terkilan la juga dapat PASUM ni.Sebab aku nak masuk UIA.Tapi,pasti ada hikmah disebaliknya,InshAllah.Dekat PASUM ni ada 12 kolej kediaman(kk).Sepatutnya semua budak PASUM,duduk kk11.Tapi disebabkan ada budak ijazah yang masih belum habis belajar,kitaorang kena duduk dekat kolej selain kk11.Aku dapat kk2.Aku adalah tanya senior PASUM,dia cakap patutnya memang duduk kk11,tu yang dia pelik bila aku bagitau yang aku duduk kk2.Aku lagi la pelik.K.Dahlah kk2 tu jauhnya daripada bangunan PASUM tu macam macam...aaaa..memang jauh la.Habis lecun baju semua sebab berpeluh.Tapi sebenarnya,duduk kk2 tu untuk satu minggu je.Lepas tu,kena pindah duduk kk11.

Masa dekat kk2,best sangat.Sebab semuanya sporting.Lagi lagi budak lelaki la.Masa minggu orientasi satu minggu tu,memang best.Macam macam cheers yang kitaorang belajar,banyak pengajaran yang kitaorang dapat.Abang dengan kakak fasi pun best.Tak adalah macam krik krik sangat suasananya.Haha,

Sampai sini je la.Nanti aku sambung untuk MSKP 2015/2016.

Assalammualaikum

Have a nice day guyss

Tuesday 5 May 2015

Sakit

Assalammualaikum.

Sorry sangat dah lama tak update sebab laptop ni sakit.Haritu laptop ni langsung tak nak buka,Gelap terus.Battery dah lama tak tukar,lepas tu ada la benda yang lain rosak.

Alhamdulillah,nasib baik ada orang yang boleh betulkan laptop ni.Laptop ni dah bersih dah daripada segala junks.Hihi.Dah ringan laptop ni.Yeayyyy

Esok keputusan UPU keluar.Rasa macam menunggu keputusan SPM chuolls.Semua macam rasa cuak kot.Semua persediaan aku dah buat dalam 30%,banyak lagi benda yang nak kena buat.Kena pergi ke sekolah segala,nak cop dokumen segala.Nak beli barang barang keperluan lagi.Beratus ratus habis nak oii.

Bila difikirkan memang banyak duit dihabiskan semata mata nak masuk universiti.Kesian parents kita kan.Banyak kita gunakan duit diorang.So,kena belajar rajin rajin.InshAllah.

Have a nice day.

Assalammualaikum.

Sunday 5 April 2015

Assalammualaikum.

Meh la kita throwback hari Ahad hari tu.

Ni cuma gathering biasa untuk sambut birthday Ain Firdani yang keeeeee.....treng..treng...*drum roll* ke 18.Yeayyyyyy!!Tepuk sikit.

Ain belanja makan KFC.Mekasih Ain sayangs.Makan makan,borak borak,ambik gambar.Perkara biasa yang selalu buatlah.Lepas dah cite cite lepas rindu segala,kitaorang pergi tengok wayang.Yela,takkan la just nak makan makan je kan.Macam,apa motif beb?

Korang bayangkan seramai lapan orang nak muat satu kereta Almera.Mana muat nak oiii.Haha,memang berdekah habislah bila ingat.Kesian diaorang kena sempit sempit .Pangku memangku.Sorry la babes.

Masuk je umall,solat zuhur dulu.Ada yang beli tiket wayang,tengok Cinderella.Cerita dongeng dulu dulu yang kita selalu berangan nak jadi.Haha.Ala,macamlah tak biasa berangan jadi Cinderella,snow white.Haha.Kanak kanak,biasalah.Itu dulu k.

Habis tengok wayang,terus balik.Dah pukul 6.Anak dara mana boleh balik lambat lambat weii.

Nak balik satu hal lagi,nak kena muatkan lagi seramai tujuh orang.Sebab Qis balik naik ayah dia,so tinggal 7.Tapi,still tak muat okay.Terpaksalah mengecikkan badan naik kereta hantar diaorang balik.Haha.

Anyway,happy dapat jumpa gegirls semua.Sekolah dah habis,bila masa nak jumpa lagi.Dulu boleh la,Dekat sekolah hari hari jumpa.Nanti bila semua masuk uni,hmm dah jarang jumpa.

Rindu sangat nak main dutch ball dengan korang.Haha.Aku tak tau la ejaan aku betul ke tak.Tapi macam tu la bunyinya.Ni cikgu Shiela yang kenalkan permainan ni.Tak silap aku ni permainan daripada running man.Aku pun tak tau.Sejak form 4 dah main permainan ni.Tapi tak seteruk form 5 la.Masa form 4 tu,perempuan je yang main.Tapi,masa form 5,laki perempuan main permainan ni.Sampaikan kitaorang tak nak belajar,sebab nak main semata mata.Haha.Terukkan?Dahlah nak SPM.

Dulu,kalau time pj je,mesti semua macam ''ala,malaslah'' itu lah ini lah.Tapi sejak main dutch ball ni,hmmm.Time pj ke bukan ke,main bantai main je.Macam tak sabar sabar nak tunggu waktu pj.Haha.Okay,ni dah teruk.Kronik orang kata.Haha.

Eh,ni dah melalut ke cerita lain.Haha.Tak pa.

Hope that chuolls enjoy k.

May Allah blessed us.

Assalammualaikum.

Nazihah

Memandu

Assalammualaikum.

Hari ni aku nak share lagi satu kisah.

Belajar memandu.

Saja nak share dengan korang macam mana rasanya belajar kereta.Bagi adik adik yang masih belum lagi boleh ambik lesen kereta,meh akak ceritakan.

Lepas SPM je,mak aku suruh ambik lesen.Aku kalau boleh nak habiskan belajar sebelum bulan 3 sebab pada mulanya aku kena PLKN.Tapi PLKN dah ditangguhkan,okaylah tu.Beberapa hari lepas SPM,aku terus daftar dekat bunga raya.Itu je yang paling dekat dengan rumah.

Step pertama

Sebelum korang nak merasa bawak kereta,kena pergi kelas dulu.Kau ingat,bila kau daftar je,kau terus boleh mandu giteww?Memang salah la dik oi.Aku tak ingat apa nama kelas ni,tapi orang selalu panggil KPP1.Dalam kelas ni,kiranya macam kau belajar teori la.Korang akan belajar peraturan jalan raya,simbol simbol,pasal enjin kereta semua tu.Nanti korang akan dapat buku.Sekarang ni,buku dia tebal macam buku teks matematik form 5 tau.HAHA.Buku bio lagi nipis tau.Aku pun tak habiskan pun baca buku tu.

Kelas ni lama tau.Daripada pukul 8 pagi sampai la 5 petang macam tu.Memang bosan dan penat.Mesti mengantuk.Tapi nak buat macam mana kan,itu sayaratnya.Kalau kau tak pergi kelas ni,jangan haraplah nak ke step seterusnya okay!


Step kedua

Lepas dah belajar teori,korang kena pergi buat ujian komputer.Sebab tu korang dapat buku yang tebal setebal tebalnya tu.Korang kena la baca sikit untuk lulus ujian ni.Korang nampak je macam ek eleh ujian komputer je kot.Kan kan.Kalau kau cakap macam tu,beristighfar lah dik oi.Sebab bukan senang sebenarnya nak lulus.Even lelaki yang selalunya expert dengan benda alah ni pun,terkandas tau.So,kena rajin membaca.

Kalau korang tak lulus,jangan putus asa.Cuba je yang terbaik.Jangan lupa berdoa banyak banyak.InshAllah.

So,kalau korang lulus,Alhamdulillah.Dah boleh pergi ke step yang seterusnya.Step yang ditunggu dan dinantikan.


Step ketiga

Belajar memandu.

Jujur aku cakap,mula mula memang lah susah bagi yang langsung tak pernah cuba bawak kereta.Macam aku la.Belajar memandu ni perlukan latihan dan kesabaran yang tinggi.Belajar memandu ni ada dua bahagian;satu dekat litar,dua dekat jalan raya.Dekat litar yang amat amat menguji mental dan fizikal aku.Dekat jalan raya okay.

Dekat litar ni la yang banyak orang terkandas masa test jpj.Tapi,kalau korang buat betul betul,ikut apa yang cikgu korang ajar,InshAllah boleh lulus dengan jayanya.HAHA.

Benda yang paling aku tak suka buat masa dekat bukit.Aku pernah juga la rasa macam putus asa sebab asyik berundur ke belakang je.Tapi,bila buat banyak kali,Alhamdulillah boleh dah.Biasalah masa mula mula bawak kereta tu,cikgu asyik betulkan stereng je,sebab aku bawak kereta ketepi sangat.HAHA.Tapi lepas tu dah okay.Aku belajar dua jam,dua jam.Dalam bulan 2 aku dah habis.Alhamdulillah memang menepati jangkaan.

Adalah juga sebelum test jpj tu aku tambah satu lagi kelas selama satu jam,gabra punya pasal.Masa tu la aku asyik naik turun bukit.Haha.

Dah habis belajar memandu selama 16 jam,tibalah masanya untuk.......JPJ

Aku ingat lagi,masa hari nak jpj tu aku tak lalu makan.Sakit perut.Haha.Macam nak ambik apa je kan.HAHA.Apa apa pun,aku lulus,Alhamdulillah.

Tapi,untuk dapatkan lesen P tu kenalah tunggu untuk beberapa minggu.Aku terpaksa tunggu selama dua minggu.

Step keempat

Bawak kereta la apa lagi!HAHA.


Belum habis lagi.Kalau korang tak lulus dekat litar,tapi korang lulus dekat jalan raya,korang kena ulang dekat litar je la.So,kiranya korang ulang apa yang korang gagal je.Kalau gagal semua,ulang semua lah.

Okaylah dah berjela aku tulis.Nanti aku tulis pasal benda lain k.

Have a nice day

Assalammualaikum

Nazihah

Thursday 2 April 2015

Hilang

Assalammualaikum.

Walaupun dah nak setengah bulan untuk tahun 2015 ni,aku still rasa yang bulan empat ni masih awal la kan.kan,kan.

Minta maafla anak anak,sekarang ni I tak rajin nak berblog segala bagai ni.Haha.

Sekarang ni tengah bergoyang kaki dekat rumah je sambil menunggu keputusan nak masuk universiti.

Hari ni aku nak share sikit la pasal kisah aku.Tak,bukan pasal percintaan.Cinta tolak jauh dulu ye adik adik.

Aku cuma ada dua adik beradik,aku ada seorang kakak.Beza umur tak adalah jauh sangat.Dua tahun je.Ni aku nak ceritalah eh,dulu masa kakak aku masih duduk dekat rumah ni,means sebelum dia pi sambung belajar la.Ayat aku nampak macam kakak aku dihalau dari rumah.Ish ish.Taklah,kakak aku dia pi study dekat UIA ja.Tahun ni dia last buat foundation dekat UIA.

Back to the story,kiranya kalau dia ada dekat rumah maknanya aku kena la hadap dia dua puluh empat jam kannn.kan.Kitaorang sekolah harian je.Tak da pergi asrama.Memang agak bosan juga la tengok dia.HAHA.Kejam seh aku.Bukanlah,maksud aku,ala korang tau la kan macam mana.Asyik gaduh je memanjang.Kakak aku asyik kena buli dengan aku je.Kesian kan.

Tapi,bila dia dah masuk UIA,aku macam...eh,senyapnya rumah ni.Aku macam cakap sensorang tau.Haha.Aku tak gila k.Masa aku hantar kakak aku pi UIA,masa dah nak balik tu,aku nangis tau.HAHA.cengeng.Tu la,sebelum ni kakak aku tak pernah keluar rumah lelama.Setakat pergi kem dua tiga hari tu pernah la.Ni,dia keluar untuk dua tahun,maunya tak nangis aku.Walaupun aku selalu sakit hati dengan dia,selalu marah dia,mestilah ada rasa sayang kan.

Mula mula macam sedih juga la.Kerap la juga aku mesej,whatsapp.Lepas tu,dah biasalah.Mula mula kakak aku masuk IIUM dekat PJ,boleh la dia nak balik dua tiga kali setiap bulan.Tapi,bila dia dah pindah Gambang,susah la sikit.Jauh.Bila dia balik rumah,mesti rasa happy.Walau dapat jumpa sekejap je.Eh,ni kalau dia baca,mesti nanti sakat aku.Ceh.

So,konklusi yang boleh aku buat,bila aku dok pikir pikir,dulu aku macam tak hargai sangat kakak aku.Bila dia dah tak ada dekat rumah,baru lah aku macam tersedar la nak hargai dia.Jadi,kita kenalah hargai setiap orang yang ada di sekeliling kita terutamanya,ibu bapa,adik beradik,kawan kawan.cikgu cikgu.Kan?

Korang pernah rasa kan semua ni?

Okay.dah panjang sangat.

Have a nice day.

Assalammualaikum.

Nazihah