Thursday 5 December 2013

Kawin muda?

Assalammualaikum.

Entry ni terhasil daripada conversation aku dengan kengkawan malam tadi.

Aku terfikir nak bagi sikit pendapat dan nasihat untuk kawan-kawan yang dekat luar sana tu juga.

Ni pandangan je tauuu.

Kawin muda.

Kawin awal.

Aku tau,macam orang gatal nak kawin je kan gayanya.haha.

Biasalah,perempuan.Mestilah nak cerita pasal kawin ajeee kojenyee.

Disebabkan aku ni ada mak yang umur memang matang habis,jadi mak aku ada la bagi nasihat.

Mak cakap,kalau nak kawin kau tunggulah umur 25 ke atau 24 pun kira okaylah.

Averange.

Kalau umur 17,18,19 nak kawin.Memang tak lee.

Ayat biasa yang mak aku akan bagi kalau tau orang tu kawin muda sangattt.

''Dia ingat perkahwinan ni main-main.Nanti menyesal karang.''

Itulah ayat keramat yang akan aku dengar.

Kakak-kakak,abang-abang sekalian.

Kalau nak kawin.

Hangpa mesti tau,hangpa kena lah ada ilmu

ILMU

Itu perkara paling penting.

Tengok je la zaman sekarang.

Kalau tak ada ilmu,hancur.

Sebab tu banyak sekarang kes peceraian.

Mungkin jahil adalah salah satu asbabnya.

So,kalau korang rasa ilmu korang tak cukup lagi,fikir-fikirkanlah.

Tapi,macam mana kalau perkahwinan itu yang memberikan kita ilmu?

Contohnya,apabila kita dah berkahwin.Bukan kita,seseorang la.

Dia dapat banyak ilmu yang dipelajari sepanjang perkahwinannya.

Itu sudah pasti.

Sudah pasti kita akan mempelajari banyak benda dalam perkahwinan.

Tapi,kalau tiada asas.Bagaimana?

Tambahan pula,kalau dapat suami atau isteri yang kurang berilmu.

Kalau kita pilih pasangan yang berilmu,InshAllah dia boleh ajar kita.

Sebab itu lah ilmu dalam mendirikan rumah tangga ni penting.

Macam pakar motivasi aku cakap.Heh.

Lagipun usia dalam 17,18,19 ,20 ni masih dalam proses pembelajaran.

Lepas SPM terus kawin.

Kelass kau jahh.

Haaa.

Nanti kalau kau ada anak,macam mana nak bahagikan masa dengan baik.

Macam mana nak handle pelajaran.

Maybe sesetengah orang boleh.Tapi,ada juga yang tak boleh.

Aku bukan nak cakap kawin muda ni salah.

Takkk ehhh.

Kawin ni kan sunnah.

Cuma,ye la.

Banyak lagi yang perlu kita fikirkan.

Bukan setakat kawin je.

Pelajaran,kerja.

Tang kawin kau ingat.

Tang mati kau tak ingat.

Lagipun,kalau bagi lelaki,duit itu mestilah ada untuk tanggung anak orang.

Kalau tak ada duit,kau nak bagi anak bini kau makan apa.

Makan buah jeee.

Nanti majlis perkahwinan pun mak bapa yang tanggung.

Seelok-eloknya,bekerjalah dahulu.

Then.kalau kau nak kawin.Kawin la.

Tak ada siapa pun nak larang.

Kita jangan ingat keseronokan hari perkahwinan sahaja.

Tapi,kita kena ingat hari-hari selepas perkahwinan.

Kita kawin dengan pasangan kita tu untuk selama-lamanya.

Bukan sehari atau 3,4 tahun.

Kalau kau rasa kau tak ada lagi perasaan bertanggungjawab,lebih baik kau siap sediakan diri sendiri.

Banyakkan berdoa.

Supaya Allah pertemukan kita dengan jodoh yang baik-baik.

Serahkan kepada Allah.

Kalau dah tiba masanya untuk kau berkahwin,kau akan kawin juga.InshAllah.

So,bagi yang ,masih belajar ni.

Concentrate.

Focus







dalam pembelajaran.

Kalau korang rasa korang ni asyik ingat nak kawin je.

kawin je.

Dekat-dekat kanlah diri dengan Allah.





Bagi yang ada boyfrienggg bagai tu,tak payah la nak bercouple-couple bagai.

Belum tentu dia jodoh kau.

Kalau tak nak buat dosa,baik tak payah couple-couple ni.

Maaf kalau ada ayat yang bagai rasa nak kasi penampar je.

Kawin kerana Allah,bahagia.

Kawin kerana nafsu,hancur.

Syukran jiddan.

Assalammualaikum.




0 comments: