Tuesday 11 February 2014

Ujian

Assalammualaikum


Hidup di dunia ini sementara sahaja.

Dan akhirat yang kekal selama-lamanya.

Ujian adalah lumrah bagi seorang hamba Allah.

Allah berfirman bahawa Allah akan menguji hambaNya.

Kita semua pernah diuji atau sedang diuji.

Rasa sakitnya,rasa sedihnya itu hanya Allah yang tahu.

Kadang kala air mata selalu keluar.

Sehingga satu masa,air mata dah tak boleh nak keluar.

Terlalu banyak menangis.

Rasa susah untuk menghadapi ujian yang Allah berikan.

Allah,terlalu berat ujian ini.

Tapi Allah sendiri yang menjanjikan bahawa Allah tidak akan menguji kita dengan apa yang kita tak mampu.

Yakinlah wahai hati.

Mintalah kepada Allah dengan rendah hati kepadaNya.

Moga Allah terima doa kita.

Semoga Allah makbulkan doa kita.

Semoga Allah meringankan apa yang susah bagi kita.

Kadang kadang rasa nak putus asa.

Tapi,kita tau yang Allah itu Maha Hidup.

Allah pasti akan tolong.

Semoga Allah lembutkan hati.Ya Latif.

Moga Allah bukakan pintu hati kita.Ya Fattah.

Kita ni jahil.

Tak tahu apa apa.

Sedangkan Allah itu Rabb,Tuhan.

Dia Maha Mengetahui.

Dia yang memberi kita nyawa.

Allah yang Maha Penyayang.

Akhir kata,semoga Allah tunjukkan kita ke jalanNya.

Semoga Allah kumpulkan kita di syurga FirdausNya.

Semoga Allah redha dengan kita.

Amin.

0 comments: