Sunday, 5 April 2015

Assalammualaikum.

Meh la kita throwback hari Ahad hari tu.

Ni cuma gathering biasa untuk sambut birthday Ain Firdani yang keeeeee.....treng..treng...*drum roll* ke 18.Yeayyyyyy!!Tepuk sikit.

Ain belanja makan KFC.Mekasih Ain sayangs.Makan makan,borak borak,ambik gambar.Perkara biasa yang selalu buatlah.Lepas dah cite cite lepas rindu segala,kitaorang pergi tengok wayang.Yela,takkan la just nak makan makan je kan.Macam,apa motif beb?

Korang bayangkan seramai lapan orang nak muat satu kereta Almera.Mana muat nak oiii.Haha,memang berdekah habislah bila ingat.Kesian diaorang kena sempit sempit .Pangku memangku.Sorry la babes.

Masuk je umall,solat zuhur dulu.Ada yang beli tiket wayang,tengok Cinderella.Cerita dongeng dulu dulu yang kita selalu berangan nak jadi.Haha.Ala,macamlah tak biasa berangan jadi Cinderella,snow white.Haha.Kanak kanak,biasalah.Itu dulu k.

Habis tengok wayang,terus balik.Dah pukul 6.Anak dara mana boleh balik lambat lambat weii.

Nak balik satu hal lagi,nak kena muatkan lagi seramai tujuh orang.Sebab Qis balik naik ayah dia,so tinggal 7.Tapi,still tak muat okay.Terpaksalah mengecikkan badan naik kereta hantar diaorang balik.Haha.

Anyway,happy dapat jumpa gegirls semua.Sekolah dah habis,bila masa nak jumpa lagi.Dulu boleh la,Dekat sekolah hari hari jumpa.Nanti bila semua masuk uni,hmm dah jarang jumpa.

Rindu sangat nak main dutch ball dengan korang.Haha.Aku tak tau la ejaan aku betul ke tak.Tapi macam tu la bunyinya.Ni cikgu Shiela yang kenalkan permainan ni.Tak silap aku ni permainan daripada running man.Aku pun tak tau.Sejak form 4 dah main permainan ni.Tapi tak seteruk form 5 la.Masa form 4 tu,perempuan je yang main.Tapi,masa form 5,laki perempuan main permainan ni.Sampaikan kitaorang tak nak belajar,sebab nak main semata mata.Haha.Terukkan?Dahlah nak SPM.

Dulu,kalau time pj je,mesti semua macam ''ala,malaslah'' itu lah ini lah.Tapi sejak main dutch ball ni,hmmm.Time pj ke bukan ke,main bantai main je.Macam tak sabar sabar nak tunggu waktu pj.Haha.Okay,ni dah teruk.Kronik orang kata.Haha.

Eh,ni dah melalut ke cerita lain.Haha.Tak pa.

Hope that chuolls enjoy k.

May Allah blessed us.

Assalammualaikum.

Nazihah

0 comments: