Sunday, 5 April 2015

Memandu

Assalammualaikum.

Hari ni aku nak share lagi satu kisah.

Belajar memandu.

Saja nak share dengan korang macam mana rasanya belajar kereta.Bagi adik adik yang masih belum lagi boleh ambik lesen kereta,meh akak ceritakan.

Lepas SPM je,mak aku suruh ambik lesen.Aku kalau boleh nak habiskan belajar sebelum bulan 3 sebab pada mulanya aku kena PLKN.Tapi PLKN dah ditangguhkan,okaylah tu.Beberapa hari lepas SPM,aku terus daftar dekat bunga raya.Itu je yang paling dekat dengan rumah.

Step pertama

Sebelum korang nak merasa bawak kereta,kena pergi kelas dulu.Kau ingat,bila kau daftar je,kau terus boleh mandu giteww?Memang salah la dik oi.Aku tak ingat apa nama kelas ni,tapi orang selalu panggil KPP1.Dalam kelas ni,kiranya macam kau belajar teori la.Korang akan belajar peraturan jalan raya,simbol simbol,pasal enjin kereta semua tu.Nanti korang akan dapat buku.Sekarang ni,buku dia tebal macam buku teks matematik form 5 tau.HAHA.Buku bio lagi nipis tau.Aku pun tak habiskan pun baca buku tu.

Kelas ni lama tau.Daripada pukul 8 pagi sampai la 5 petang macam tu.Memang bosan dan penat.Mesti mengantuk.Tapi nak buat macam mana kan,itu sayaratnya.Kalau kau tak pergi kelas ni,jangan haraplah nak ke step seterusnya okay!


Step kedua

Lepas dah belajar teori,korang kena pergi buat ujian komputer.Sebab tu korang dapat buku yang tebal setebal tebalnya tu.Korang kena la baca sikit untuk lulus ujian ni.Korang nampak je macam ek eleh ujian komputer je kot.Kan kan.Kalau kau cakap macam tu,beristighfar lah dik oi.Sebab bukan senang sebenarnya nak lulus.Even lelaki yang selalunya expert dengan benda alah ni pun,terkandas tau.So,kena rajin membaca.

Kalau korang tak lulus,jangan putus asa.Cuba je yang terbaik.Jangan lupa berdoa banyak banyak.InshAllah.

So,kalau korang lulus,Alhamdulillah.Dah boleh pergi ke step yang seterusnya.Step yang ditunggu dan dinantikan.


Step ketiga

Belajar memandu.

Jujur aku cakap,mula mula memang lah susah bagi yang langsung tak pernah cuba bawak kereta.Macam aku la.Belajar memandu ni perlukan latihan dan kesabaran yang tinggi.Belajar memandu ni ada dua bahagian;satu dekat litar,dua dekat jalan raya.Dekat litar yang amat amat menguji mental dan fizikal aku.Dekat jalan raya okay.

Dekat litar ni la yang banyak orang terkandas masa test jpj.Tapi,kalau korang buat betul betul,ikut apa yang cikgu korang ajar,InshAllah boleh lulus dengan jayanya.HAHA.

Benda yang paling aku tak suka buat masa dekat bukit.Aku pernah juga la rasa macam putus asa sebab asyik berundur ke belakang je.Tapi,bila buat banyak kali,Alhamdulillah boleh dah.Biasalah masa mula mula bawak kereta tu,cikgu asyik betulkan stereng je,sebab aku bawak kereta ketepi sangat.HAHA.Tapi lepas tu dah okay.Aku belajar dua jam,dua jam.Dalam bulan 2 aku dah habis.Alhamdulillah memang menepati jangkaan.

Adalah juga sebelum test jpj tu aku tambah satu lagi kelas selama satu jam,gabra punya pasal.Masa tu la aku asyik naik turun bukit.Haha.

Dah habis belajar memandu selama 16 jam,tibalah masanya untuk.......JPJ

Aku ingat lagi,masa hari nak jpj tu aku tak lalu makan.Sakit perut.Haha.Macam nak ambik apa je kan.HAHA.Apa apa pun,aku lulus,Alhamdulillah.

Tapi,untuk dapatkan lesen P tu kenalah tunggu untuk beberapa minggu.Aku terpaksa tunggu selama dua minggu.

Step keempat

Bawak kereta la apa lagi!HAHA.


Belum habis lagi.Kalau korang tak lulus dekat litar,tapi korang lulus dekat jalan raya,korang kena ulang dekat litar je la.So,kiranya korang ulang apa yang korang gagal je.Kalau gagal semua,ulang semua lah.

Okaylah dah berjela aku tulis.Nanti aku tulis pasal benda lain k.

Have a nice day

Assalammualaikum

Nazihah

0 comments: