Thursday 2 April 2015

Hilang

Assalammualaikum.

Walaupun dah nak setengah bulan untuk tahun 2015 ni,aku still rasa yang bulan empat ni masih awal la kan.kan,kan.

Minta maafla anak anak,sekarang ni I tak rajin nak berblog segala bagai ni.Haha.

Sekarang ni tengah bergoyang kaki dekat rumah je sambil menunggu keputusan nak masuk universiti.

Hari ni aku nak share sikit la pasal kisah aku.Tak,bukan pasal percintaan.Cinta tolak jauh dulu ye adik adik.

Aku cuma ada dua adik beradik,aku ada seorang kakak.Beza umur tak adalah jauh sangat.Dua tahun je.Ni aku nak ceritalah eh,dulu masa kakak aku masih duduk dekat rumah ni,means sebelum dia pi sambung belajar la.Ayat aku nampak macam kakak aku dihalau dari rumah.Ish ish.Taklah,kakak aku dia pi study dekat UIA ja.Tahun ni dia last buat foundation dekat UIA.

Back to the story,kiranya kalau dia ada dekat rumah maknanya aku kena la hadap dia dua puluh empat jam kannn.kan.Kitaorang sekolah harian je.Tak da pergi asrama.Memang agak bosan juga la tengok dia.HAHA.Kejam seh aku.Bukanlah,maksud aku,ala korang tau la kan macam mana.Asyik gaduh je memanjang.Kakak aku asyik kena buli dengan aku je.Kesian kan.

Tapi,bila dia dah masuk UIA,aku macam...eh,senyapnya rumah ni.Aku macam cakap sensorang tau.Haha.Aku tak gila k.Masa aku hantar kakak aku pi UIA,masa dah nak balik tu,aku nangis tau.HAHA.cengeng.Tu la,sebelum ni kakak aku tak pernah keluar rumah lelama.Setakat pergi kem dua tiga hari tu pernah la.Ni,dia keluar untuk dua tahun,maunya tak nangis aku.Walaupun aku selalu sakit hati dengan dia,selalu marah dia,mestilah ada rasa sayang kan.

Mula mula macam sedih juga la.Kerap la juga aku mesej,whatsapp.Lepas tu,dah biasalah.Mula mula kakak aku masuk IIUM dekat PJ,boleh la dia nak balik dua tiga kali setiap bulan.Tapi,bila dia dah pindah Gambang,susah la sikit.Jauh.Bila dia balik rumah,mesti rasa happy.Walau dapat jumpa sekejap je.Eh,ni kalau dia baca,mesti nanti sakat aku.Ceh.

So,konklusi yang boleh aku buat,bila aku dok pikir pikir,dulu aku macam tak hargai sangat kakak aku.Bila dia dah tak ada dekat rumah,baru lah aku macam tersedar la nak hargai dia.Jadi,kita kenalah hargai setiap orang yang ada di sekeliling kita terutamanya,ibu bapa,adik beradik,kawan kawan.cikgu cikgu.Kan?

Korang pernah rasa kan semua ni?

Okay.dah panjang sangat.

Have a nice day.

Assalammualaikum.

Nazihah

0 comments: