Sunday 21 June 2015

MSKP 2015/2016

Assalammualaikum.

Sekarang ni dah masuk minggu ke-4 aku dekat pasum.Hari ni saja je nak cerita dengan korang masa MSKP (Minggu Suai Kenal Pelajar) dekat pasum.MSKP ni berlangsung selama seminggu.Macam minggu orientasi jugak,cuma nama je tukar.

Masa ni la,kitaorang semua belajar macam macam cheers,lagu,claps dan lain lain.Masa ni jugak la kitaorang semua tengah baru nak berkenalan,nak bina bonding.First masuk pasum ni,aku ditempatkan di koleh kediaman 2(kk2).Dekat kk2,budak pasum 31 orang je.Yang lain semua budak degree.Satu bilik 3 orang,dua orang budak degree,sorang budak pasum.

Dan,aku sangat terkejut bila aku tau roomate aku adalah kakak degree.Sebab setahu aku,budak pasum akan ditempat di satu tempat yang sama.Tapi sebenarnya itu untuk satu minggu je,lepas tu aku akan ke kk11,di mana semua budak pasum ditempatkan.

Siapa yang tau lagu xi shua shua,gummy bear,witch doctor,haa tu semua kitaorang belajar masa MSKP.Kitaorang punya fasi ajar.Sampai sekarang masih tak boleh move on.Haha.Memang setiap hari(sepanjang MSKP) kitaorang akan menari,menyanyi segala.Satu pengalaman yang baru bagi aku.Budak budak kk2,memang sporting habis.Kitaorang semua dah macam adik beradik walaupun baru kenal seminggu.

Jujur aku cakap masa minggu MSKP ni,korang akan rasa,tak ada function kalau makan,sebab lepas makan,korang mesti kena berlari.Lepas makan je,berlari.Sebab semua benda nak kena rush.Makan rush,jalan pun rush,pergi tandas pun rush.Haha.Tapi tak apa,pengalaman kateko.

Thanks dekat LO's semua yang dah jaga kitaorang sepanjang minggu MSKP terutamanya LO Anis dan LO Amir(kk2 LO's).Diorang lagi penat.Nak kena jaga kitaorang yang ramai ni.Uruskan makan minum,aktiviti,keselamatan,dokumen mesti lengkap segala,sanggup tidur lambat.

Malam last LDK(latihan dalam kumpulan) sangat touching,sebab sedih nak buat aktiviti sama sama.Sampaikan menangis semua orang.Bila habis je MSKP,kitaorang semua macam rasa kehilangan,sebab dah tak ada LO yang nak jerit jerit supaya jalan cepat,makan cepat.Tak ada yang jaga jalan raya untuk bagi kitaorang lalu.Tak ada break clap dengan fasi lagi.

A big applause to them.I'll miss this.Thanks for all those memories.

Tahun depan nak jadi fasi jugak la.Haha.Supaya aku tak membuang masa nak tunggu degree.

Jumpa lagi.


0 comments: