Wednesday 3 June 2015

PASUM

Assalammualaikum

Lembaran baru dalam hidup dah bermula.Sorry sangat tak update blog ni sebab busy dengan semua benda.Ni pun ambik masa sekejap,minggu ni class dah mula,so no relax relax lagi.

Yes,Alhamdulillah aku dapat masuk PASUM.PASUM tu binatang apa eh?Haaa ni,hakak nak cerita dekat adik adik semua.PASUM ni stand for Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.Sebenarnya,PASUM ni bukannya first choice aku pun masa dalam upu tu,tapi Allah dah takdirkan aku dapat,Alhamdulillah.Memang tak sangka dapat PASUM sebab aku bukan budak straight A atau pun budak SBP,MRSM segala.Sekolah aku pun kategori luar bandar.Haha.Rezeki Allah.

Sebenarnya agak terkilan la juga dapat PASUM ni.Sebab aku nak masuk UIA.Tapi,pasti ada hikmah disebaliknya,InshAllah.Dekat PASUM ni ada 12 kolej kediaman(kk).Sepatutnya semua budak PASUM,duduk kk11.Tapi disebabkan ada budak ijazah yang masih belum habis belajar,kitaorang kena duduk dekat kolej selain kk11.Aku dapat kk2.Aku adalah tanya senior PASUM,dia cakap patutnya memang duduk kk11,tu yang dia pelik bila aku bagitau yang aku duduk kk2.Aku lagi la pelik.K.Dahlah kk2 tu jauhnya daripada bangunan PASUM tu macam macam...aaaa..memang jauh la.Habis lecun baju semua sebab berpeluh.Tapi sebenarnya,duduk kk2 tu untuk satu minggu je.Lepas tu,kena pindah duduk kk11.

Masa dekat kk2,best sangat.Sebab semuanya sporting.Lagi lagi budak lelaki la.Masa minggu orientasi satu minggu tu,memang best.Macam macam cheers yang kitaorang belajar,banyak pengajaran yang kitaorang dapat.Abang dengan kakak fasi pun best.Tak adalah macam krik krik sangat suasananya.Haha,

Sampai sini je la.Nanti aku sambung untuk MSKP 2015/2016.

Assalammualaikum

Have a nice day guyss

0 comments: